|
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Universiti pada 22 Disember 2015 telah bersetuju meluluskan pengemaskinian dan penambahbaikan syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Staf Akademik seperti berikut:
(a) Mengambil kira penerbitan jurnal diindek di bawah Scopus bagi aliran Non-Science; dan
(b) Memasukkan penyeliaan sebagai salah satu syarat kepada semua PTj Akademik kecuali Pusat Asasi Sains dan Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri.
Sehubungan itu, sukacita sekiranya tuan/puan merujuk Syarat-syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi Staf Akademik yang terkini di UMPortal - PTj Info - BSM - Perkhidmatan - Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
Sekian, untuk makluman.
Unit Perkhidmatan Bahagian Sumber Manusia
|