Hebahan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) - Notis Staf - Notice
Notis Staf : Hebahan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video)
Posted by dalilia on 2017/7/11 4:38:44 (634 reads)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) yang bertujuan :

• Memaparkan gelagat rakyat Malaysia pelbagai kaum dan rasa cinta kepada negara dalam menyambut Hari Kebangsaan 2017 dengan penuh patriotik,
• Meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi Instagram,
• Menjalin hubungan dengan golongan muda dan menggalakkan penglibatan golongan muda (TN50) untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme.

3. Majlis pelancaran pertandingan telah disempurnakan oleh YB Dato' Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 April 2017 di Auditorium Perdana Siswa, Universiti Malaya yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA.

4. Tempoh pertandingan adalah bermula pada 16 April 2017 hingga 16 Ogos 2017. Penyertaan adalah percuma, tiada bayaran dikenakan. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak foto dan video, namun pemenang hadiah akan di pilih melalui juri profesional dan setiap pemenang hanya dipilih mengikut kategori yang disediakan. Caranya cukup mudah dengan hanya 'Like' https://www.instagram.com/instamerdeka/ kemudian muatnaik foto dan video yang menunjukkan rasa cinta anda kepada negara dengan mengikut tema iaitu #negarakumalaysia dan setiap penyertaan mesti ada #jalurgemilang dan perlu menghantarkan mengikut kategori yang disediakan iaitu :

1. #im60umum = untuk kategori peserta awam
2. #im60siswa = untuk kategori peserta pelajar ipta/ipts
3. #im60sekolah = untuk kategori peserta pelajar sekolah

5. Bersama-sama ini turut dilampirkan maklumat, contoh video penyertaan yang lalu dan poster untuk hebahan di tempat-tempat yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu, semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia En. Mohammad Nazar Minhat 012-683 9079

Sekian, terima kasih.


https://www.instagram.com/instamerdeka

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread