PELAKSANAAN PENGGUNAAN PORTAL E-PAY - Notis Staf - Notice
Notis Staf : PELAKSANAAN PENGGUNAAN PORTAL E-PAY
Posted by dalilia on 2019/1/22 10:26:02 (312 reads)

PELAKSANAAN PENGGUNAAN PORTAL E-PAY

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah membangunkan Portal E-Pay iaitu medium terimaan hasil secara atas talian bagi menambahbaik pengurusan terimaan Universiti seterusnya menyokong hasrat mewujudkan persekitaran kampus tanpa tunai. Melalui portal E-Pay, pengguna kini boleh membuat bayaran kepada Universiti Malaya menggunakan kemudahan FPX atau kad kredit/debit, manakala bayaran yang diterima akan terus diagihkan kepada PTj/Fakulti/Jabatan sebaik sahaja transaksi berjaya dipindahkan ke akaun bank Universiti (real time).

Pemakaian portal E-Pay telah DILULUSKAN dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) pada 08 Januari 2019 untuk diselaraskan di semua PTj/Fakulti/Jabatan yang mempunyai aktiviti terimaan berkuatkuasa mulai 15 Januari 2019. Untuk makluman, taklimat berkaitan penggunaan portal E-Pay juga telah diberikan kepada pegawai yang menguruskan kutipan di PTj/Fakulti/Jabatan pada 12 Oktober 2018 dan 14 Disember 2018.

Sehubungan itu, kerjasama semua pihak adalah diminta untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan kemudahan ini kepada seluruh warga kampus dan menguatkuasakan penggunaan portal E-Pay dalam urusan terimaan hasil di peringkat PTj/Fakulti/Jabatan masing-masing. Selaras dengan pemakaian portal E-Pay, Sistem Unity yang digunakan dalam urusan pengeluaran resit di peringkat PTj akan mula ditamatkan secara berperingkat.

Untuk makluman, portal E-Pay boleh diakses melalui https://epay.um.edu.my. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang cadangan dan pertanyaan, sila berhubung dengan Puan Norhabibah Mohd Bukari atau Puan Hazarina Hamzah di talian 03-7967 7927/3466.

Sekian terima kasih.

Yang benar

WAN MOHD SOFI WAN MUSTAPHA
Pengawal Kewangan/Bendahari

https://epay.um.edu.my

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread