|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI 11th MALAYSIAN TECHNICAL UNIVERSITIES CONFERENCE ON ENGINEERING & TECHNOLOGY (MUCET) 2019
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), Universiti Malaysia Pahang akan menganjurkan MALAYSIAN TECHNICAL UNIVERSITIES CONFERENCE ON ENGINEERING AND TECHNOLOGY (MUCET) 2019 Kali Ke-11 yang bertemakan “Communitising Technology In The Context Of Industrial Revolution 4.0”. Persidangan ini dianjurkan secara dwi-tahunan dan giliran dikalangan MTUN bagi memperkasakan lagi kerjasama yang telah sedia terjalin. Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada edisi kali ini telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan MUCET 2019.
3. Objektif persidangan ini adalah bertujuan untuk menyediakan platform bagi warga akademik, penyelidik dan jurutera dalam dan luar negara untuk berkumpul dan berkongsi penemuan terkini di samping mengukuh jalinan kerjasama terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi dan kejuruteraan.
4. Sehubungan dengan itu, jabatan ini menjemput Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai persidangan ini sama ada sebagai pembentang atau peserta yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 19 – 22 November 2019 (Selasa-Jumaat) Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang Tempat: Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Malaysia Yuran: Sila Rujuk Brosur Yang Dilampirkan
5. Sebarang pertanyaan, Prof/Prof Madya/Dr./Tuan/Puan bolehlah menghubungi Sekretariat MUCET 2019, Cik Dina Diyana melalui emel mucet@ump.edu.my atau talian 09-4245409/019-9969454.
Untuk maklumat lanjut berkaitan persidangan ini, sila layari laman web https://mucet2019.ump.edu.my atau brosur yang disertakan.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “Memasyarakatkan Teknologi”
Saya yang menjalankan amanah,
PROFESOR Ts. DR. KAMAL ZUHAIRI BIN ZAMLI Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana MUCET 2019, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Tel : 09 424 5004 Faks : 09 424 5444 Email : kamalz@ump.edu.my
|