
Skim Biasiswazah (SB) dan Skim Biasiswa Universiti Malaya (SBUM) Bagi Semester II, Sesi 2014/2015
Date 2014/12/23 8:32:31 | Topic: Notis Pensyarah
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Universiti Malaya (UM) dengan ini mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang sedang/akan mengikuti program pengajian ijazah tinggi di Universiti Malaya untuk memohon Skim Biasiswazah (SB)/ Skim Biasiswa Universiti Malaya (SBUM).
Calon berkenaan hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(i) Calon yang sedang mengikuti program pengajian ijazah tinggi, Sarjana (secara penyelidikan) dan PhD di Universiti Malaya (tidak melebihi semester kedua bagi program Sarjana dan semester ketiga bagi calon PhD pada masa menghantar permohonan); atau
(ii) Calon Sarjana (secara penyelidikan) dan PhD yang telah ditawarkan tempat di Universiti Malaya tetapi yang masih belum mendaftar.
(iii) Calon yang akan mengikuti program Sarjana dan PhD seperti dalam perenggan (i)(ii) di atas hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.30 ke atas bagi calon Sarjana & CGPA 3.0 ke atas bagi calon PhD.
(iv) Berumur tidak lebih daripada 40 tahun pada 1 Januari 2015.
Calon yang sedang bekerja (kecuali Pembantu Penyelidik di Universiti Malaya) atau masih dalam tempoh penerimaan bantuan kewangan lain tidak layak memohon.
Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian di laman web Institut Pengajian Siswazah http://www.ips.um.edu.my. Permohonan akan dibuka mulai 22/12/2014 hingga 09/01/2015. Sila hantar Borang Maklumat Permohonan bersama “Cover Letter”, “Student Details”, satu (1) Salinan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dan transkrip yang telah disahkan benar di alamat: Seksyen Kewangan & Biasiswa, Aras 2, Blok A, Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur sebelum tarikh tutup permohonan.
Permohonan yang tidak lengkap atau diterima lewat daripada tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Seksyen Kewangan & Biasiswa Aras 2, Blok A Institut Pengajian Siswazah Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel: +603 - 7967 4604 / 6996 Fax: +603 - 7967 4606 E-mail: finance_ips@um.edu.my
http://www.ips.um.edu.my/images/ips/d ... 20SB&SBUM-2014%20sem2.pdf
|
|