PINDAAN: GARIS PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR/PERSIDANGAN/ BENGKEL/FORUM/PAMERAN DI PERINGKAT DALAMAN UNIVERSITI MALAYA (UM), KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Date 2015/10/5 3:20:00 | Topic: Notis Pensyarah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

2. Lanjutan daripada emel kami terdahulu bertarikh 16 Julai 2015, dimaklumkan bahawa terdapat pindaan dalam Garis Panduan dan Borang Permohonan mengenai Penganjuran Seminar/Persidangan/ Bengkel/Forum/Pameran di Peringkat Dalaman Universiti Malaya (UM), Kebangsaan dan Antarabangsa. Untuk makluman tuan/puan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015, kelulusan permohonan bagi penganjuran di peringkat dalaman UM dan Kebangsaan adalah tertakluk kepada kelulusan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

3. Sehubungan itu, tuan/puan boleh merujuk dan memuat turun garis panduan dan borang permohonan terkini melalui UMPortal - PTj Info - Bahagian Pentadbiran Pendaftar - Penganjuran Seminar/Persidangan/Bengkel/ Forum/Pameran di Peringkat Dalaman UM, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Kerjasama tuan/puan untuk mematuhi penguatkuasaan prosedur ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Terima kasih.



This article comes from Notis FSKTM
https://maklum.fsktm.um.edu.my

The URL for this story is:
https://maklum.fsktm.um.edu.my/modules/news/article.php?storyid=258