
ONE HUNDRED (100) FULL SCHOLARSHIPS FROM THE GOVERNMENT OF SAUDI ARABIA TO THE MALAYSIAN STUDENTS TO STUDY IN SAUDI ARABIA
Date 2016/8/2 2:46:24 | Topic: Notis Pensyarah
| Assalamualaikum w.b.t/ Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kedutaan Arab Saudi mempelawa calon-calon yang berminat untuk memohon penajaan biasiswa penuh bagi mengikuti program seperti yang ditawarkan. 3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan iklan yang menerangkan maksudnya tersendiri. Tuan/Puan diminta untuk membuat hebahan iklan ini kepada calon-calon yang berpotensi.
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 06.08.2016 dan sesi temuduga akan diadakan pada 08.08.2016 oleh pihak berkenaan. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh berhubung terus dengan pihak berikut:
Saudi Cultural Mission (scholarship) Royal Embassy of Saudi Arabia No. 17, Jalan Keranji 2 Off Jalan Kedondong Ampang Hilir 55000 Kuala Lumpur
(No. tel: 03-42512001) Sekian untuk makluman dan terima kasih.
-- Seksyen Pelantikan & Kemajuan Kerjaya Bahagian Sumber Manusia Universiti Malaya No. Tel: 03-7967 3234/ 3388/ 7773
|
|