TERKINI : SYARAT PELANTIKAN PEMERIKSA LUAR (TESIS) YANG BARU BAGI CALON KEDOKTORAN - Notis Pensyarah - Notice
Notis Pensyarah : TERKINI : SYARAT PELANTIKAN PEMERIKSA LUAR (TESIS) YANG BARU BAGI CALON KEDOKTORAN
Posted by dalilia on 2014/3/28 4:10:00 (427 reads)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/puan yang dihormati,

Izinkan saya menarik perhatian tuan/puan mengenai syarat terkini untuk pelantikan Pemeriksa Tesis bagi calon kedoktoran terlampir yang menerangkan dengan sendirinya.

Sila ambil perhatian kepada perkara no. 3 , 4(a) dan 5.

Ini bermakna :

(1) Penyelia perlu berikan justifikasi yang kukuh jika ingin melantik Pemeriksa Luar yang bukan bertaraf Profesor;

(2) Pastikan 5 penerbitan dalam tempoh 5 tahun terkini dan hendaklah dalam jurnal ISI Web of Science (WoS) berbanding sebelum ini yang hanya memerlukan 3 penerbitan ISI.

(3) Berikan justifikasi kukuh jika Penyelia bercadang untuk melantik Pemeriksa Luar dari dalam Negara.

Syarat ini terpakai serta merta mulai Senat bulan Mac 2014.

Sekian , harap maklum.

Terima kasih


NOR AZIAN ABDUL BARI
Penolong Pendaftar Kanan
FSKTM

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread