TERKINI : SYARAT PELANTIKAN PEMERIKSA LUAR (TESIS) YANG BARU BAGI CALON KEDOKTORAN

Date 2014/3/28 4:10:00 | Topic: Notis Pensyarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/puan yang dihormati,

Izinkan saya menarik perhatian tuan/puan mengenai syarat terkini untuk pelantikan Pemeriksa Tesis bagi calon kedoktoran terlampir yang menerangkan dengan sendirinya.

Sila ambil perhatian kepada perkara no. 3 , 4(a) dan 5.

Ini bermakna :

(1) Penyelia perlu berikan justifikasi yang kukuh jika ingin melantik Pemeriksa Luar yang bukan bertaraf Profesor;

(2) Pastikan 5 penerbitan dalam tempoh 5 tahun terkini dan hendaklah dalam jurnal ISI Web of Science (WoS) berbanding sebelum ini yang hanya memerlukan 3 penerbitan ISI.

(3) Berikan justifikasi kukuh jika Penyelia bercadang untuk melantik Pemeriksa Luar dari dalam Negara.

Syarat ini terpakai serta merta mulai Senat bulan Mac 2014.

Sekian , harap maklum.

Terima kasih


NOR AZIAN ABDUL BARI
Penolong Pendaftar Kanan
FSKTM


This article comes from Notis FSKTM
https://maklum.fsktm.um.edu.my

The URL for this story is:
https://maklum.fsktm.um.edu.my/modules/news/article.php?storyid=36