Notis Pensyarah - Garis Panduan Pelantikan Bersama (Dual Appointment) - Notice

Notis Untuk Pensyarah FSKTM
« 1 ... 36 37 38 (39) 40 41 42 ... 70 »
Notis Pensyarah : Garis Panduan Pelantikan Bersama (Dual Appointment)
 Posted by dalilia on 2016/3/1 3:06:08 (292 reads)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Untuk makluman tuan/puan, Pengurusan Universiti Malaya dalam mesyuaratnya pada 11 Februari 2016 telah bersetuju meluluskan Garis Panduan Pelantikan Bersama (Dual Appointment) khususnya untuk staf akademik di bawah HICoE/UMCoE di Universiti Malaya. Garis Panduan ini berkuatkuasa sehari selepas tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan iaitu mulai 12 Februari 2016.

Sila rujuk garispanduan yang terlampir untuk makluman dan tindakan sewajarnya tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Read More... | 729 bytes more | Comments?
Notis Pensyarah : Syarat-Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi Staf Akademik
 Posted by dalilia on 2016/1/18 6:30:27 (874 reads)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Universiti pada 22 Disember 2015 telah bersetuju meluluskan pengemaskinian dan penambahbaikan syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Staf Akademik seperti berikut:

(a) Mengambil kira penerbitan jurnal diindek di bawah Scopus bagi aliran Non-Science; dan

(b) Memasukkan penyeliaan sebagai salah satu syarat kepada semua PTj Akademik kecuali Pusat Asasi Sains dan Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri.

Sehubungan itu, sukacita sekiranya tuan/puan merujuk Syarat-syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi Staf Akademik yang terkini di UMPortal - PTj Info - BSM - Perkhidmatan - Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

Sekian, untuk makluman.

Unit Perkhidmatan
Bahagian Sumber Manusia

Comments?
Notis Pensyarah : Pemberhentian Penggunaan Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat/Seminar secara online di laman web Portal UM/Closure of On-line Meeting/Seminar Room Booking in UM Portal
Posted by dalilia on 2015/12/31 1:50:43 (1137 reads)

Salam Sejahtera.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman Prof/Prof Mayda/Datin/Dr/Tuan/Puan/Cik, Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat/Seminar secara online dalam laman web Portal UM untuk Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat akan diberhentikan mulai 1-1-2016.

Mulai Januari 2016, sila layari http://eroom.fsktm.um.edu.my untuk membuat tempahan bagi bilik-bilik berikut :

1. BS1
2. BS2
3. BS3
4. BMF
5. The Cubes (perlu kelulusan administrator)

Untuk lain-lain bilik pengajaran Prof/Prof Mayda/Datin/Dr/Tuan/Puan/Cik perlu membuat tempahan melalui emel fsktm_jw-list@um.edu.my.


Sekian, terima kasih

Timbalan Dekan (Penyelidikan)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dear All,

Please be informed that On-line Meeting/Seminar Room Booking in the UM Portal for Faculty of Computer Science and Information Technology will be closed starting from 1-1-2016.

Therefore, from January 2016, kindly use http://eroom.fsktm.um.edu.my to make your room reservation for the following rooms :

1. BS1
2. BS2
3. BS3
4. BMF
5. The Cubes (with administrator approval)

For other lecture room booking, please email to fsktm_jw-list@um.edu.my.

Thank you and best regards.

Deputy Dean (Research)

Comments?
Notis Pensyarah : Jadual Pembayaran Gaji Bagi Tahun 2016
 Posted by dalilia on 2015/12/16 3:34:09 (273 reads)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Untuk perhatian dan makluman.

Terima kasih.

b/p Dekan

Comments?
Notis Pensyarah : Takwim Mesyuarat Bagi Tahun 2016
 Posted by dalilia on 2015/12/15 1:30:00 (275 reads)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Profesor/Profesor Madya/Datin/Dr/Tuan/Puan,

Bersama-sama ini dilampirkan Takwim Mesyuarat Bagi Tahun 2016 untuk makluman dan tindakan Profesor/Profesor Madya/Datin/Dr/Tuan/Puan selanjutnya.

1. Mesyuarat Fakulti
2. Mesyuarat Kewangan
3. Mesyuarat Pengurusan
4. Mesyuarat Jawatankuasa Ijazah Tinggi
5. Mesyuarat Jawatankuasa Ijazah Dasar

Walau bagaimanapun, tarikh-tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Terima kasih.

b/p Dekan

Comments?
« 1 ... 36 37 38 (39) 40 41 42 ... 70 »